BM | EN | 中文

Amanah Johor setia bersama kerajaan PH

barisan-kepimpinan-amanah.jpg

Barisan kepimpinan Amanah Johor menyatakan kesetiaan terhadap kerajaan PH dalam sidang akhbar yang diadakan.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 FEB: Kesemua sembilan ADUN Parti Amanah Negara (Amanah) Johor telah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk kekal setia dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata, SD tersebut telah ditandatangani pada Isnin lalu.

Katanya, Amanah Johor turut menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri negara ini.

Advertisement

“Kesemua sembilan ADUN Amanah termasuk Speaker DUN, Suhaizan Kaiat telah menandatangani SD untuk setia bersama PH.

“Saya yakin tidak ada yang langgar, kerana kita yakin kerajaan PH akan terus berkuasa di peringkat pusat dan negeri,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Hotel Thistle, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad, Naib Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kaiat dan Ketua Pemuda Amanah Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman.

Advertisement

Tambah Aminolhuda, kenyataan dibuat ADUN Benut, Datuk Ir Hasni Mohammad bahawa terdapat ADUN daripada Amanah Johor akan melompat adalah satu tindakan terdesak dan berbentuk provokasi.

“Amanah Johor menafikan kenyataan ADUN Benut. Kenyataan itu satu usaha pihak terdesak yang mahu mengambil kesempatan dalam situasi politik semasa.

“Ini satu provokasi untuk memecah belah PH, saya berbangga dengan ADUN PH yg terus bersama PH, ini satu komitmen kepada mandat diberikan rakyat,” ujarnya.

Advertisement

Aminolhuda bagaimanapun tidak menafikan terdapat percubaan tawar menawar dibuat terhadap pihaknya namun beliau tetap yakin Amanah Johor memegang prinsip dalam menubuhkan kerajaan yang mementingkan ketenteraman rakyat.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top