BM | EN | 中文

AMANAH Johor sedia tanding parlimen Sri Gading

AMANAH-sedia-ambil-Sri-Gading.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 1 DIS: Parti Amanah Negara (AMANAH) Sri Gading melancarkan jentera pilihanraya bagi kawasan itu sebagai persediaan menghadapi pilihanraya umum (PRU) dalam bila-bila masa.

Menurut Pengerusi Parti Amanah Johor,

Aminolhuda Hassan

memberitahu, pelancaran jentera tersebut hanya untuk membina momentum serta semangat kepada ahli parti itu untuk terus bergerak.

Advertisement

Selain itu ujarnya, tumpuan terhadap parlimen Sri Gading telah diberikan bagi mengenal pasti kawasan sasaran untuk mengadakan gerak kerja.

“Pertama sekali kita telah menggerakkan semua jentera di peringkat PDM (Pusat Daerah Mengundi) dan Alhamdulillah daripada tiga puluh tiga PDM merangkumi parlimen Sri Gading, kita bersedia untuk gerak kerja bukan saja di peringkat cawangan ataupun PDM ia turut membabitkan di peringkat kampung.

“Ini kerana PDM tadi merangkumi beberapa kampung dan mereka semua sekali dapat hadir malam ini dengan memberikan gambaran bahawa Sri Gading bersedia untuk bertanding parlimen,” ujarnya

Advertisement

Ketika mengenai kesediaan parti Amanah untuk bertanding di Parlimen Sri Gading, Aminolhuda menjawab bahawa parti itu sentiasa bersedia bila-bila masa untuk bertanding di parlimen tersebut.

“Peluang untuk bertanding di peringkat parlimen Sri Gading Insya-Allah,” ujarnya.

Beliau yang merupakan Adun Parit Yaani, salah satu Dun dalam parlimen Sri Gading menyatakan pelancaran jentera di parlimen itu adalah yang pertama dilakukan oleh parti Amanah di Johor.

Advertisement

“Ini adalah merupakan pelancaran yang pertama untuk parti Amanah bagi kawasan di negeri Johor ini.

“Jadi ia adalah untuk menambah momentum.

“Sebenarnya kalau kita lihat bahawa di Sri Gading ini memang kita ada program setiap minggu, setiap bulan, sama ada di peringkat DUN Parit Yaani ataupun di DUN Parit Raja.

Advertisement

“Ia merangkumi peringkat Parlimen dan memang kita sentiasa mengadakan gerak kerja itu selama ini,” ujarnya lagi

Pelancaran jentera Amanah parlimen Sri Gading kelmarin dirasmikan Timbalan Presiden Parti Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top