BM | EN | 中文

Amanah Johor sedia PH diterajui Anwar, juga terbuka terima Pejuang

Amanah-Parti-Amanah-Negara.jpg

Gambar Ehsan NSTP/ZAMAN HURI ISA

JOHOR BAHRU, 8 SEPT: Parti Amanah Negara (Amanah) Johor memutuskan untuk bersama-sama kepimpinan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemikir Amanah Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain beliau meyakini Anwar sebagai Pengerusi PH dalam usaha meletakkan halatuju gabungan itu.

Dr Mohd Zuhan Mohd Zain

“Keputusan untuk menetapkan halatuju bersama Anwar ini perlu dikonsensuskan agar segalanya memudahkan kerja akar umbi untuk terus mambawa agenda kepada rakyat.

“Amanah Johor akan bersedia untuk setia kepada keputusan yang diputuskan dalam PH. Kita juga mendukung prinsip setia kawan dan janji gerak kerja yang telah dibentuk di dalam PH.

“Kita bukanlah seperti rakan-rakan pengkhianat seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kumpulan Azmin,” katanya.

Beliau turut menyatakan keterbukaan Amanah untuk berbincang dengan mana-mana pihak di dalam blok pembangkang dan ia merupakan tindakan normal.

“Kita mahu mencuba pelbagai kekuatan yang ada untuk digabungkan bagi berhadapan dengan isu politik semasa.

“Namun perkara yang penting adalah perkara itu mestilah diputuskan dalam mesyuarat PH dan itulah asasnya segala tindakan yang akan dilakukan.

“Mengulas kenyataan Tun Mahathir, kami terbuka dengan hasrat Tun untuk kekal menjadi blok bebas dan kami juga terbuka sekiranya parti Pejuang ingin menyertai PH,” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top