BM | EN | 中文

Amanah Johor rakam ucapan takziah buat keluarga Syed Khairul Anuar

aminolhuda-hassan-ziarah-kematian.jpg

Aminolhuda turut mengiringi jenazah buat kesekian kalinya

Gambar Ehsan FB Aminolhuda Hassan

SEGAMAT, 16 OGOS: Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Syed Khairul Anuar Syed Sabtu dan Almarhumah isterinya yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Segamat, malam tadi.

Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan turut berkesempatan menunaikan solat jenazah, menghadiri pengebumian dan menziarahi keluarga Allahyarham.

Hadir sama Adun Kemelah, Dr Sulaiman Mohd Nor, Abd Hamid, Ketua Amanah Segamat, Hj Sairi Ketua Amanah Labis, Kholid, Ketua Amanah Sekijang dan Hj Md Zin mantan calon (DUN) Tenang.

“Jenazahnya selamat dikebumikan di Felda Redong, Segamat.

“Almarhum Syed Khairul Anuar adalah seorang aktivis parti Amanah yang sangat aktif, rajin dan bertanggungjawab kepada tugasnya.

“Baru setahun lebih mendirikan rumahtangga dan baru menerima hadiah kereta dari keluarga angkatnya.

“Semoga roh Almarhum Syed Khairul Anuar dan Armarhumah Noraini diampunkan oleh Allah dosanya serta ditempatkan bersama para roh syuhada. Amin,” menurut catatan Aminolhuda di laman facebook beliau.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Amanah Johor, Serudin Soud turut mengadakan derma kilat dan menyampaikan sumbangan kepada waris Syed Khairul Anuar Syed Sabtu.

“Amanah Negeri Johor di bawah Biro keabjikan memberi sedikit sumbangan bagi membantu waris arwah. Ribuan terima kasih kepada semua yang cakna dan peduli dengan memberi sumbangan kepada apa yang menimpa sahabat kita.

Serudin Soud (dua dari kiri) turut menziarahi keluarga Allahyarham dan menyampaikan sumbangan

“Segala apa yang baik kita kena teruskan dan sentiasalah berdoa untuk kebaikan semua insan.

“Sama-sama kita berdoa agar arwah ditempat bersama orang-orang yang soleh,” kata Serudin.

Dalam kemalangan malam tadi di Jalan Genuang-Tenang, Kampung Melayu Raya Segamat, tiga meninggal dunia di tempat kejadian, manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan lima kenderaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat Pegawai Bomba Kanan II Fuad Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan pada 10.47 malam dan 15 anggota berserta tiga jentera daripada BBP Segamat dan Labis digegaskan ke lokasi kejadian.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top