BM | EN | 中文

Amanah Johor masih tak dapat surat rasmi tiga Adun

Aminolhuda-Hassan-Adun-Parit-Yaani-Amanah-Johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 FEB: Parti Amanah Negara (Amanah) Johor hari ini memaklumkan bahawa mereka masih tidak mendapat surat rasmi dari tiga Adun yang dikatakan mengisytiharkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perkara itu dinyatakan Pengerusinya, Aminolhuda Hassan ketika dihubungi berkata pihaknya masih tidak lagi menerima sebarang permakluman dari Adun berkenaan.

“Kita masih belum menerima sebarang surat atau kenyataan rasmi dari ketiga-tiga Adun tersebut dan apa yang pasti kita sedang menanti permakluman seterusnya dari mereka.

Advertisement

“Apa-apa pun kita akan serahkan semula kepada pihak kepimpinan Amanah Nasional untuk mengambil tindakan kepada Adun-Adun berkenaan.

“Buat sementara ini kita masih menanti apa yang terjadi seterusnya dan laporan berita tersebut telah dimaklumi oleh pihak kami,” katanya ketika dihubungi wartawan.

Beliau yang merupakan Adun Parit Yaani menjelaskan tindakan Adun berkenaan meninggalkan parti Amanah dengan menyertai PKR bermatlamat mencari peluang bertanding pada PRU 15.

Advertisement

Tambahnya pihaknya mendakwa terdapat khabar angin menyatakan mereka ditawarkan kerusi di beberapa kawasan di negeri ini.

“Seperti mana yang kita maklum, terdapat tawaran kepada mereka untuk bertanding di kerusi yang bakal ditandingi atas tiket PKR.

“Seharusnya sebagai mengekalkan semangat setaikawan dalam PH, tidak sepatutnya PKR menerima tiga Adun tersebut dari menyertai parti mereka.

Advertisement

“Ini akan menimbulkan pelbagai persepsi sesama komponen dalam PH dan itu seharusnya diterima dengan jiwa yang besar oleh PKR itu sendiri,” katanya lagi.

Semalam, tiga Adun yaitu Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim, Adun Serom, Faizul Amri Adnan dan Adun Mahkota Mohd Said Jonid mengumumkan telah menyertai PKR.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top