BM | EN | 中文

Amanah Johor mahu terus perkukuh PH

Aminolhuda-Hassan-Parit-Yaani-Parti-Amanah-Negara-Johor.png

Pengerusi Parti Amanah Negara Johor, YB Aminolhuda Hassan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 JUN: Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor mahu memperkukuhkan Pakatan Harapan (PH) demi memartabatkan mandat rakyat yang telah diberikan dalam pilhanraya umum (PRU) ke-14 yang lalu.

Pengerusinya, Aminolhuda Hassan berkata, beliau sentiasa mengikuti rapat perkembangan PH di peringkat nasional sebagai langkah meneruskan agenda di peringkat negeri.

Katanya, apa yang penting pada waktu ini adalah pengukuhan PH dan mengangkat suara rakyat untuk dimartabatkan sesuai harapan diberikan sebelum ini.

Advertisement

“Pengukuhan ini penting. Kita sentiasa mendengar denyut nadi rakyat serta memperjuangkan nasib mereka.

“PH perlu menjadi sandaran kepada rakyat untuk menjuarai isu mereka apatah lagi di zaman pasca Covid-19 yang mana rakyat rata-rata terkesan dengan kesempitan hidup serta pendapatan tidak menentu.

“Lebih ditumpukan adalah kehendak rakyat dan ia juga adalah kesinambungan harapan mereka sejak PRU 14 lalu kepada PH di Johor,” ujarnya ketika dihubungi.

Advertisement

Beliau yang merupakan Adun Parit Yaani mengharapkan ahli, penyokong mahupun pendokong untuk sama-sama berusaha agar pengukuhan PH dapat terus berlangsung di negeri ini.

“Saya berdoa agar semua yang terbabit di Johor ini dapat berdoa untuk pengukuhan PH supaya kita mampu semula membangun membawa suara rakyat.

“Apa yang penting adalah memartabat serta mendaulatkan rakyat dan pastinya pengkhianatan yang berlaku tidak akan kekal lama.

Advertisement

“Ia akan dihukum oleh rakyat kerana mandat yang diberikan telah dikhianati.

“Saya akan terus berusaha membantu memperkukuhkan PH di Johor agar terus menjadi wadah kepada rakyat menyandarkan harapan mereka,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top