BM | EN | 中文

Amanah Johor lapor SPRM, minta siasat tawaran PM

amanah-johor-lapor-sprm-tawaran-muhyiddin.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 OGOS: Parti Amanah Negara (Amanah) Johor membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata, laporan tersebut dibuat pihaknya agar Perdana Menteri disiasat kerana menawarkan imbuhan kepada ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong beliau.

Ketua Pembangng DUN Johor itu berkata, berdasarkan ucapan Perdana Menteri baru-baru ini, ahli parlimen Pagoh itu diyakini telah menyatakan dua perkara yang dilihat merupakan satu bentuk suapan.

Advertisement

“Pertama, beliau menyatakan atas semangat kerjasama bi-partisan, semua ahli Parlimen akan terima bantuan sama tidak kira parti politik.

“Bermakna jika sokong beliau akan diberi, jika tidak tak dapat.

“Itu satu bentuk tawaran yang tidak wajar, kerana di peringkat negeri Johor, peruntukan diberi terus kepada semua wakil rakyat tanpa ada apa-apa (syarat).

Advertisement

“Keduanya, beliau berkata sebagai pengiktirafan kepada pembangkang yang mempunyai jumlah kerusi Dewan Rakyat hampir seimbang, Ketua Pembangkang akan diberi kedudukan setara dengan seorang Menteri Kanan,” katanya, lapor Utusan Online.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di ibu pejabat SPRM Johor, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Mobilisasi Amanah Johor, Onn Jaafar dan Pengarah Mobilisasi Pemuda Amanah Johor, Azam Mektar.

Advertisement

Semalam, Pemuda Amanah Johor juga telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Johor Bahru Utara berhubung perkara sama.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top