BM | EN | 中文

AMANAH Johor lancar Tabung Amanah Peduli Covid-19

IMG-20200326-WA0150.jpg

Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor telah melancarkan Tabung Amanah Peduli Covid-19 bagi mengutip dana membantu golongan yang kurang berkemampuan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Biro Kebajikan AMANAH Johor, Serudin Md Soud yang menyatakan bahawa tabung ini dilancarkan sebagai tanda prihatin antara manusia sesama manusia yang lainnya.

Serudin Soud

Menurutnya, sifat membantu antara sesama rakyat amat diperlukan dalam keadaan musibah melanda di seluruh negara.

“Program ini dilaksanakan di bawah Biro Kebajikan AMANAH Johor dan akan menggerakkan misi bagi membantu insan yang memerlukan di saat rakyat dalam kesempitan sepanjang tempoh PKP ini.

“Oleh yang demikian AMANAH Johor mengambil insiatif untuk membantu khususnya ahli parti sendiri dan orang ramai yang sangat memerlukan bantuan dan kami akan salurkan bantuan melalui ‘online’ terus kepada Ketua-ketua AMANAH Kawasan.

“Sumbangan berbentuk wang tunai boleh disalurkan ke akaun Parti Amanah Johor dan pihak kami akan menguruskan dana yang diperolehi untuk membeli kelengkapan serta keperluan harian kepada penerima bantuan,” jelasnya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau berpendapat sumbangan khidmat yang dilakukan oleh pihak AMANAH Johor ini diharap sedikit sebanyak mampu meringankan beban golongan yang terjejas teruk akibat PKP yang dilaksanakan pada 18 Mac 2020 yang lalu.

Sehubungan itu beliau turut menyatakan, nama-nama penerima sumbangan yang diperolehi akan segera dihubungi bagi menghantar keperluan harian serta kelengkapan keselamatan covid-19 kepada mereka.

Beliau turut mengucapkan terima kasih serta memberi penghargaan kepada penyumbang yang sanggup mengeluarkan infak mereka bagi membantu golongan yang terjejas tersebut.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top