BM | EN | 中文

Amanah Johor bimbang masa bahas DUN Johor terhad, sukar bincang isu kepentingan awam

Aminolhuda-Hassan.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 8 NOV: Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menyatakan kebimbangan sekiranya sidang DUN Johor yang turut melibatkan pembentangan belanjawan negeri bagi 2021 dijalankan dalam tempoh masa yang terhad.

Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata, keadaan menjadi lebih sukar apabila kerajaan negeri ditadbir oleh gabungan yang tidak stabil, dengan majoriti tipis dua kerusi.

Beliau yang merupakan Adun Parit Yaani berkata turut bimbang perbahasan isu melibatkan kepentingan awam, khususnya dalam menangani bencana Covid 19 tidak dapat dilaksana dengan baik.

Advertisement

“Sepertimana kerajaan persekutuan, kerajaan gabungan baharu di Johor mempunyai majoriti terlalu nipis dengan beza dua kerusi.

“Kerajaan baharu ini adalah kerajaan yang sangat tidak stabil bukan hanya dari segi bilangan majoriti, bahkan gabungan ini terdiri dari mereka yang pernah menjadi seteru ketika PRU ke-14.

“Kerajaan tidak stabil akan menyebabkan pembangunan negeri dan negara tersangkut-sangkut serta ketidaklancaran sistem penyampaian kepada rakyat jelata.

Advertisement

“Keadaan tidak stabil dimanifestasi apabila persidangan Dewan Negeri (Dun) tidak dapat berjalan dengan baik dengan tempoh perjalanan dewan dihadkan pada tempoh yang tidak munasabah,” katanya pada Konvensyen Amanah Johor disini, semalam.

Bagaimanapun beliau berkata, sebelum ini nasib rakyat terbela apabila Yang Dipertuan Agong tidak memperkenan cadangan pelaksanaan darurat oleh Perdana Menteri, dan ia dilihat membela nasib rakyat yang kedudukan ekonominya semakn terkesan.

“Alhamdulillah, atas kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia YDPA setelah bermusyawarah dengan Majlis DiRaja, cadangan PM telah ditolak.

Advertisement

“DYMM YDP Agong bersama Majlis Raja-raja Melayu menjadi pengimbang agar kuasa berlebihan tidak diberi kepada PM yang boleh disalahguna tanpa semak dan imbang apabila parlimen digantung,” ucapnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top