BM | EN | 中文

Amanah Johor bersama pimpinan PH negeri hadir program walkabout di Simpang Renggam

PH-Simpang-Renggam.jpg
Advertisement

KLUANG, 9 OGOS: Parti Amanah Negara (Amanah) Johor hari ini mengadakan program ‘walkabout’ di Simpang Renggam bersama-sama pimpinan Pakatan Harapan (PH) Johor dan ahli parlimen Simpang Renggam.

Walkabout di sekitar pekan Simpang Renggam hari ini turut dihadiri Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dan pimpinan PH kawasan Simpang Renggam.

Naib Pengerusi Parti Amanah Johor, Dr Sulaiman Mohd Nor berkata, progran walkabout yang dianjurkan oleh PH Simpang Renggam itu menunjukkan keutuhan kerjasama di antara parti-parti komponen PH.

Advertisement

Dr Sulaiman Mohd Nor

“Kita mahu memberitahu kepada umum bahawa PH ini masih wujud lagi dan PH akan berkerjasama dengan tiga parti yang ada serta yang lain-lain yang ingin bersama kita memperjuangkan mandat rakyat dan apa yang kita sebut sewaktu PRU 14.

“Setakat ni apabila kita bertemu rakyat kita disambut dengan baik.

“Kebanyakan mereka terkesan dengan PKP sebelum ini. Kita akan terus perjuangkan nasib mereka yang terkesan tersebut walaupun kita bukan kerajaan dalam masa sekarang,” ujarnya.

Advertisement

Katanya, walaupun ada sedikit pertukaran jadual namun prinsip semangat kebersamaan PH itu membuatkan beliau mahu bersama dengan program tersebut.

Dr Sulaiman yang juga Adun Kemelah turut mengalu-alukan kehadiran ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik yang bersama dalam program walkabout ini.

“Asalkan mereka memegang pada aspirasi asal, iaitu memastikan Malaysia dalam keadaan baik, menentang kleptokrasi dan rasuah, kita akan bersama-sama generasi akan datang menjadikan Malaysia negara yang terbaik,” ujarnya lagi.

Advertisement

Muhamad Said Jonit

Dalam pada itu, Ketua Amanah Simpang Renggam, Muhamad Said Jonit berkata program yang dianjurkan Ahli Parlimen Simpang Renggam dan ahli-ahli parti penyokong PH ini bagi memastikan sokongan kepada gabungan itu berterusan.

“Kesepakatan kita dari tiga parti memang kukuh dan kuat bagi memastikan bahawa kerusi parlimen Simpang Renggam dikekalkan kemenangannya dan dua Dun di bawah parlimen ini dapat diperolehi kembali.

“Alhamdulillah. Apa yang dapat dilihat sokongan mereka kepada PH masih kekal serta boleh dikatakan bertambah.

Advertisement

“Sebenarnya kita daripada awal akan menyokong ahli parlimen Simpang Renggam selagi beliau memberikan sokongan dan komitmen kepada PH. Kita terbuka untuk dia bersama dengan kita (PH),” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top