BM | EN | 中文

Amanah Johor bantu mangsa kebakaran di Pontian, usahakan penempatan

Amanah-Pontian-bantu-mangsa-kebakaran.png
Advertisement

PONTIAN, 10 NOV: Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, hadir bagi membantu mangsa kebakaran Kampung Sungai Dungun, Pontian Besar yang melibatkan lima buah rumah.

Pengerusi Parti Amanah Johor, Aminolhuda Hassan yang hadir ketika menyampaikan sumbangan turut merakamkan rasa simpati terhadap nasib malang yang menimpa lima keluarga dalam kejadian kebakaran itu.

Ujarnya, pihaknya akan berusaha bersama-sama dengan Adun Pulai Sebatang yang juga merupakan Ketua Pemuda Parti Amanah Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman dalam membantu keluarga berkenaan.

Advertisement

“Selain sumbangan dari pihak parti Amanah, kita juga mengalukan sumbangan pelbagai pihak untuk diberikan kepada mangsa.

“Lebih menyedihkan mangsa kebakaran tersebut tinggal hanya sehelai sepinggang di mana segala keperluan dan harta mereka telah hangus dalam kebakaran tersebut.

“Pihak kami juga akan mengusahakan untuk mendapatkan penempatan sementara dan kekal kepada mangsa kebakaran berkenaan agar mereka mendapat semula tempat perlindungan yang baharu selepas rumah mereka dijilat api awal pagi tadi (semalam),” ujarnya ketika ditemui.

Advertisement

Dalam pada itu beliau yang merupakan Adun Parit Yaani berkata nasib keluarga berkenaan akan dibawa untuk diperjuangkan agar pihak kerajaan dapat membantu mangsa berkenaan.

“Saya akan membawa suara mereka untuk pihak kerajaan memberikan khidmat yang terbaik kepada mereka sepertimana yang telah pihak kami nyatakan.

“Kebajikan kepada keluarga mangsa ini perlu disegerakan agar ia tidak membebankan lagi keluarga tersebut apatah lagi di zaman kehimpitan ekonomi di kalangan rakyat di negara ini sedang berlangsung,” ujarnya lagi.

Advertisement

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran tersebut di pusat permindahan sementara dan sumbangan berupa makanan, keperluan asas serta wang tunai turut diberikan kepada mangsa.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top