BM | EN | 中文

AMANAH, DAP Johor guna lambang Harapan dalam PRU15

suhaizan-kaiat-sheikh-umar-bagharib-ali.png
Advertisement

KLUANG, 30 SEPT: Parti AMANAH dan DAP Johor akan menggunakan lambang Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum (PRU) ke-15, berdasarkan keputusan dibuat Majlis Presiden gabungan itu.

Dalam kenyataan bersama Naib Pengerusi AMANAH Johor, Suhaizan Kayat dan Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali, penggunaan lambang PH dalam PRU ke-15 telah dibincangkan semasa pemukiman pimpinan gabungan itu di Port Dickson pada 8 dan 9 April lalu.

“Hasrat menggunakan lambang PH adalah selari dengan iltizam menyatu padukan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, budaya dan latar belakang untuk merealisasikan pembentukan sebuah kerajaan yang adil, kompeten serta berdiri atas prinsip-prinsip reformasi.

Advertisement

“Menerusi pemukiman yang dijalankan, persetujuan telah dicapai bersama agar semua parti komponen diberikan masa untuk memberikan penjelasan di peringkat akar umbi masing-masing akan rasional keputusan ini.

“Susulan itu, pada 23 Ogos 2021 Majlis Presiden Pakatan Harapan dengan tuntas telah memutuskan bahawa lambang Pakatan Harapan akan digunakan dalam PRU ke-15,” menurut kenyataan bersama tersebut.

Tambahnya, AMANAH dan DAP negeri Johor menyeru agar semua parti komponen merangka strategi dan memulakan gerak kerja bersama dalam semangat kesatuan PH.

Advertisement

“AMANAH dan DAP Johor berpandangan, kita tidak boleh terus membuang masa dan terperangkap sekitar isu pemilihan logo atau lambang semata-mata.

“Masa ibarat pedang dan akan terus berjalan menghampiri pilihan raya.

“Kami yakin serta percaya, kita mempunyai masa yang cukup untuk mengukuhkan PH.

Advertisement

“Asalkan semua parti komponen yang ada terus fokus serta melipat gandakan usaha, kemenangan PH dalam PRU ke-15 akan pasti tercapai,” tambah kenyataan itu lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top