BM | EN | 中文

Amanah alu-alukan penubuhan parti baru diterajui Tun M

Mohamad-Sabu-Presiden-AMANAH-1.jpg
Advertisement

KLUANG, 10 OGOS : Parti Amanah Negara (Amanah) mengalu-alukan cadangan bagi penubuhan parti baru yang diterajui Tun Dr Mahathir.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata partinya akan berbincang dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membincangkan agenda pengukuhan dan muafakat di kalangan parti-parti pembangkang di negara ini.

“Kita akan bincang. Kita pun sentiasa ada hubungan baik sesama pembangkang.

Advertisement

“Pengerusi PH pun ada menyebut sekiranya ada permohonan dari parti baru tersebut ianya akan dipertimbangkan.

“Kita akan berbincang, sama ada parti baru tersebut menjadi ahli PH atau PH ‘plus’ dan semuanya akan diputuskan dalam Majlis Presiden PH kelak,” katanya ketika ditanya wartawan selepas program bersama rakyat di Simpang Renggam.

Pimpinan PH Johor turun padang ke kawasan bersama ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik

Dalam pada itu, Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata penubuhan parti baharu yang dicadangkan Tun Dr Mahathir itu akan mewarnai lanskap politik tanahair.

Advertisement

Beliau yang juga Pengerusi Amanah Johor berkata perkara itu dipersetujuinya, manakala perbincangan Majlis Presiden PH akan membuat keputusan diperingkat nasional.

“Kita akan memutuskan keputusan tersebut melalui ata sepakat di peringkat Majlis Presiden PH. Kita mengalukan penubuhan tersebut.

“Saya yakin dan percaya ia akan merubah landskap pengundi politik dengan penubuhan parti yang dicadang oleh Tun tersebut.

Advertisement

“Rakyat juga boleh melihat peluang untuk pentadbiran baru yang lebih baik kerana kumpulan yang mengkhianati kita telah keluar daripada PH,” ujarnya ketika ditemui.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top