BM | EN | 中文

AMALKAN PERMUAFAKATAN, JIWAI RUKUN NEGARA – MB JOHOR

mb-johor-dr-sahruddin-jamal-hari-nerdeka-62.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 OGOS: Semangat cintakan ibu pertiwi dapat disemai demi menyumbang ke arah pembentukan generasi berhemah tinggi dengan menjiwai Rukun Negara.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, perbezaan latar belakang bangsa, agama dan budaya bukan penghalang dan perpaduan dapat dibangunkan berdasarkan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara.

“Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air, kita perlu berfikir sejenak, bagaimana kita boleh mempertahankan perpaduan serta kemerdekaan di era globalisasi yang kian mencabar.

Advertisement

“Bukan mudah bagi manusia yang berbeza latar belakang, berbeza agama dan berlainan budaya dapat bekerjasama seperti yang kita lakukan di negara ini.

“Kenapa kita perlu lihat dan bahas kepada perbezaan antara kita? Sedangkan masih banyak persamaan antara kita yang boleh diraikan bersama-sama demi kemakmuran Malaysia tercinta.

“Kerukunan hidup bangsa Malaysia, kerukunan rakyat dapat diperoleh apabila kita menjiwai Rukun Negara dengan mengamalkan permuafakatan, kesederhanaan, semangat toleransi serta dan keadilan sosial,” kata Sahruddin.

Advertisement

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis perarakan dan perbarisan sempena Hari Kebangsaan ke-62 di Dataran Bandaraya, Johor Bahru pagi ini.

Tambah Sahruddin, tema Hari Kebangsaan Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih memberi penekanan tentang kepentingan perpaduan dan semangat cintakan negara demi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

“Sebagai rakyat yang cintakan kedamaian dan kesejahteraan, marilah kita sentiasa berikrar untuk memupuk kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada agama, bangsa dan negara,” kata Sahruddin.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top