BM | EN | 中文

Amalkan bawa bekas dan beg guna semula ke bazar Ramadhan – SWM

Amalkan-bawa-bekas-dan-beg-guna-semula-ke-bazar-Ramadhan-SWM.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 APR: SWM Environment Sdn Bhd menggalakkan orang ramai menjadikan bulan Ramadan ini sebagai permulaan amalan membawa bekas makanan dan minuman sendiri serta beg guna semula setiap kali membeli juadah makanan daripada peniaga.

Pengurus Besar Korporat, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, amalan ini dilihat amat penting bagi mengurangkan penggunaan plastik sekali guna memandangkan kebanyakan makanan dan minuman yang dijual di bazar Ramadan dijual di dalam bungkusan tersebut.

Jelasnya, peningkatan sisa plastik bungkusan terutama semasa bulan Ramadan dibimbangi memberi kesan kepada jangka hayat tapak pelupusan dan kelestarian alam sekitar.

Advertisement

“Oleh itu, kita perlu menjadikan ‘tapau’ juadah menggunakan bekas dan beg guna semula sendiri sebagai budaya baharu yang tidak mustahil akan dapat mengurangkan penggunaan plastik dan penghantaran sisa ke tapak pelupusan,” katanya.

Tambah beliau. sisa makanan lazimnya dijangka meningkat sebanyak 20 peratus semasa bulan Ramadan.

Justeru itu, Kempen Hargai Makanan Elakkan Pembaziran diadakan bagi menggalakkan perbelanjaan berhemah dan mengikut keperluan.

Advertisement

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Perasmian Program Bubur Lambuk Johorfm di Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar semalam.

Dalam pada itu, Program Bubur Lambuk Johorfm turut menggunakan bekas guna semula bagi tujuan pembungkusan bubur lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai.

Malah, pihak SWM Environment juga amat berbesar hati terus diberikan peluang bekerjasama dan menaja penganjuran program tahunan berkenaan pada tahun ini sekali gus memanfaatkannya sebagai platform kempen guna semula.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top