BM | EN | 中文

Allianz General tawar penyelesaian tuntutan banjir di Johor, Pantai Timur

Allianz.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 15 JAN: Allianz General Insurance Company (M) Bhd menawarkan penyelesaian tuntutan segera untuk pelanggan yang menetap di kawasan mudah banjir di Johor dan Pantai Timur.

Allianz General berkata untuk memudahkan penyelesaian tuntutan dengan segera, ia telah meletakkan Karavan Tuntutannya di Johor Bahru, Johor serta dua kenderaan pacuan empat roda (4×4) berjenama Allianz di Kemaman dan Dungun, Terengganu, dengan sebuah kenderaan 4×4 untuk bergerak antara Maran, Mentakab, Tajau, dan Temerloh di Pahang.

Ketua Tuntutannya, Damian Williams berkata Karavan Tuntutan akan menawarkan perkhidmatannya di Johor manakala kenderaan 4×4 akan bergerak di kawasan yang terjejas akibat banjir di sekitar Pantai Timur.

Advertisement

“Pelanggan Allianz General boleh menghubungi kami di talian 1-800-22-5542 dan seorang penyelaras akan dihantar untuk meninjau harta yang terjejas dalam tempoh 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, syarikat insurans itu akan meneruskan inisiatif tersebut sehingga keadaan pulih, serta mematuhi garis panduan kerajaan susulan pelaksanaan semula pelbagai jenis perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh negara.

“Kami telah menggerakkan kenderaan 4×4 dan Karavan Tuntutan kami sejak 4 Januari untuk menyediakan perkhidmatan tuntutan yang mudah dan cepat untuk pelanggan kami di Johor dan Pantai Timur,” kata Damian.

Advertisement

Beliau berkata, bagi pemegang polisi individu (seperti Smart Home Cover), syarikat itu menyediakan penyelesaian tuntutan penuh atau pembayaran interim dalam tempoh lima hari selepas lawatan oleh penyelaras.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top