BM | EN | 中文

ALIFF SYUKRI DAN SAJAT GURIS HATI WAN MAIMUNAH

6e6e9d08201f3c1fc7745817f7b0ffe7_XL.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 OGOS: Pilu hati seniwati filem tanah air Wan Maimunah apabila namanya seolah-olah dipersendakan oleh usahawan kosmetik kontroversi, Datuk Aliff Syukri dan Nur Sajat dalam sebuah video di Instagram.

Wan Maimunah, yang dipanggil ibu oleh sesetengah peminat filem, terkilan apabila “wataknya dianggap keji”.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Wan Maimunah menerusi satu perkongsian di Intsagram.

Advertisement

Ini susulan dari perbualan diantara Aliff dan Sajat dalam video yang dimaksudkan itu dimana Aliff bertanya watak manakah yang akan dipilih oleh Sajat, sama ada Wan Maimunah, Hantu Kak Limah (Dalimawati) dan Nyi Blorong.

Soalan itu dengan pantas dijawab Sajat yang mempersoalkan semula mengapa dia diberikan pilihan “watak keji” yang didakwanya tidak sesuai dengan parasnya yang seperti ratu cantik.

“Kenapa watak keji kau bagi. Muka cantik macam Miss Universe, Miss World bagi watak Hantu Kak Limah. Tak ada orang lain ke?” Sajat dipetik oleh laman portal hiburan Rotikaya.

Advertisement

Tindakan Aliff dan Sajat itu turut mengundang kritikan warganet yang tidak senang dengan kelakuan mereka terhadap Wan Maimunah.

Video tersebut bagaimanapun difahamkan telahpun dipadamkan.

 

Advertisement

Sumber: Rotikaya

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top