BM | EN | 中文

ALCON Johor peroleh pensijilan ternpat terbaik untuk bekerja di Malaysia bagi 2021

ALCON-Johor.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 24 JUN: Alcon Johor, sebuah anggota gabungan bagi syarikat peranti penjagaan mata terbesar di dunia dengan mempunyai sejarah lebih 75 tahun, hadir di lebih 70 buah negara dan melayani pesakit di lebih 140 buah negara oleh lebih 23,000 rakan sekutu, telah baru-baru ini diiktiraf sebagai satu daripada tempat terbaik untuk bekerja di Malaysia.

ALCON Johor juga sebelum ini dikenali sebagai Ciba Vision Johor Sdn. Bhd.

Semasa penilaian itu, syarikat tersebut menerima markah yang luar biasa merentasi beberapa aspek di tempat kerja mereka, melampaui norma dalam memupuk sebuah persekitaran tempat kerja yang dibina didasarkan kepada komitmen pekerja, kerja berpasukan, integriti, kewarganegaraan korporat dan berusaha mencapai kecemerlangan.

Advertisement

Dalam pandemik ini, kami mempelajari bahawa majikan di Malaysia mempertimbangkan kesejahteraan pekerja mereka secara keseluruhan adalah sangat penting.

Alcon Johor adalah satu contoh yang hebat, dengan dasar dan amalan yang cemerlang yang menyokong dan melindungi kesihatan fizikal dan emosi pekerja, dan pada masa yang sama memberikan tumpuan kepada keperluan pesakit mereka.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top