BM | EN | 中文

ALAT PANTAU KUALITI UDARA DIPASANG DI SMK TANJUNG ADANG

dzulkefly-ahmad-tan-chen-choon-bomba-gelang-patah.jpg
Advertisement

GELANG PATAH, 2 SEPT: Kerajaan negeri Johor mengalu-alukan langkah proaktif yang diambil oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor untuk menempatkan alat pemantau kualiti udara (Mobile Environmental Dust Monitoring) di SMK Tanjung Adang, Gelang Patah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar, Tan Chen Choon berkata, langkah tersebut diambil susulan kejadian kebakaran hutan yang berlaku baru-baru ini.

Menurut Tan, alat pemantauan kualiti udara itu akan diletakkan di SMK Tanjung Adang sehingga peperiksaan UPSR di sekolah berdekatan tamat.

Advertisement

“(Ia) bakal memberi manfaat secara langsung kepada sekolah-sekolah setempat untuk memantau kualiti udarasecara terus (real time) lebih-lebih menjelang peperiksaan awam.

“Paling hampir adalah Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 4 September nanti,” kata Tan dalam kenyataannya, hari ini.

Beliau yang juga Adun Jementah berkata, kerajaan negeri amat prihatin dan menitikberatkan tahap kesihatan warga Tanjung Adang dan sekitarnya.

Advertisement

Sementara itu, operasi bersepadu bagi memadam kebakaran 16 hektar hutan di Jalan Tanjung Kupang dekat Gelang Patah, yang terbakar sejak 21 Ogos lepas dihentikan mulai hari ini.

Operasi bersepadu tersebut disertai kira-kira 140 anggota bomba dan 30 aset JPBM, selain disertai pelbagai jabatan, agensi kerajaan dan sukarelawan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top