BM | EN | 中文

Alami suasana sebenar kerja lapangan di pejabat parlimen Kluang melalui program DIP

Democratic-Internship-Programme.jpg
Advertisement

KLUANG, 7 APR: Pejabat parlimen Kluang menawarkan tempat latihan praktikal kepada anak muda yang mempunyai impian membangunkan negara ini melalui Democratic Internship Programme (DIP), menurut ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, DIP merupakan satu kursus jangka sederhana bertujuan mendedahkan pelatih yang diharap mendapat pengetahuan, pengalaman dan kemahiran, serta tunjuk ajar dan bimbingan dari penyelia berhubung kerja sebenar pusat khidmat parlimen.

“Sepanjang DIP, anda berpeluang untuk membantu ahli parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam menguruskan hal ehwal kawasan.

Advertisement

“(Anda juga) bekerjasama dengan pemimpin negara, secara tidak langsung memperoleh pengalaman dalam perkhidmatan awam.

“(Selain itu anda dapat) membantu dalam mengadakan dan menyertai sidang media, sidang perbincangan pengurusan hal ehwal kawasan dan masyarakat, aktiviti-aktiviti politik dan lain-lain,” kata Shu Qi.

Katanya, penyertaan program inisatif Parti Tindakan Demokratik (DAP) ini terbuka dan digalakkan kepada graduan atau pelajar lepasan sekolah menengah, siswazah mahupun pasca siswazah tidak kira di dalam atau luar negara.

Advertisement

“DAP menyediakan platform dan peluang luas untuk anak muda yang bercita-cita tinggi dalam arena politik negara.

“Pemohon yang berkelayakan akan ditawarkan ke lebih daripada 30 tempat di pejabat ahli parlimen dan Adun di seluruh negara,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top