BM | EN | 中文

Aktiviti sukan, rekreasi di kawasan PKPB, PKPP dibenarkan

jogging.jpg

Gambar Ehsan runsociety.com

Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 MAC: Aktiviti sukan dan rekreasi individu serta berpasukan bagi tujuan kesihatan, kecergasan, latihan, permainan atau perlawanan kini dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 5 Mac.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan memaklumkan kebenaran itu tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa dan kebenaran pihak berkuasa berkaitan.

Menurut kenyataan itu, bagi penganjuran kejohanan atau pertandingan di peringkat kebangsaan seperti Liga Bola Sepak Malaysia (Liga-M), Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Liga Sepak Takraw (STL) yang membabitkan pergerakan rentas negeri, kebenaran polis adalah diperlukan.

Advertisement

Ia juga mesti mengikut Model Gelembung Sukan dan tanpa kehadiran penonton.

Bagi penganjuran di peringkat antarabangsa, KBS berkata, ia mesti mendapat kebenaran pihaknya terlebih dahulu.

Menurut KBS, sepanjang arahan kawalan pergerakan itu, latihan pusat berfasa bagi pasukan Liga-M, MHL, STL secara ‘home or camp quarantine’ serta program latihan berpusat Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri secara ‘camp quarantine’ adalah dibenarkan.

Advertisement

Turut dibenarkan aktiviti berkumpulan yang dilakukan secara setempat seperti senamrobik, yoga dan tarian sukan dengan had kapasiti 50 peratus daripada kapasiti kawasan dengan kawalan penyeliaan.

Bagaimanapun, aktiviti massa yang membabitkan pergerakan dan perkumpulan ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal seperti larian ria, pacu ria, maraton dan triatlon adalah tidak dibenarkan.

Kenyataan itu menyebut bagi Sabah dan Sarawak, prosedur operasi standardnya adalah berbeza dan orang ramai disaran merujuk ke laman sesawang Majlis Keselamatan Negara untuk maklumat lanjut.

Advertisement

Baru-Baru ini, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPB di Selangor, Pulau Pinang, Johor,Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Kelantan dan Kuala Lumpur manakala Melaka, Pahang, Terengganu, Perlis, Sabah, Putrajaya dan Labuan diletak di bawah PKPP bermula 5 hingga 18 Mac depan.

Negeri Sarawak pula terus diletak di bawah PKPB sehingga 15 Mac depan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top