BM | EN | 中文

Aktiviti masjid, surau dan musolla di Johor ditangguh, perlu jalani operasi pembersihan

MAINJ-JAINJ-Covid-19.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 MAC: Kerajaan Johor menetapkan semua masjid, surau dan musolla di dalam negeri Johor untuk melaksanakan operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah-langkah kawalan bagi mengelakkan jangkitan virus Covid-19.

Semua masjid, surau dan musolla di negeri ini mempunyai masa selama sepuluh (10) hari bermula hari ini sehingga 26 Mac 2020 untuk melakukan operasi pembersihan tersebut.

Manakala semua aktiviti di premis masjid, surau dan musolla termasuk solat fardu secara berjemaah dan solat Jumaat ditangguhkan selama sepuluh (10) hari bermula pada solat Subuh hari Selasa, 22 Rejab 1441H (17 Mac 2020) hingga solat Isyak pada hari Khamis, 1 Syaaban 1441H (26 Mac 2020).

Advertisement

“Dalam tempoh tersebut semua masjid, surau dan musolla di dalam negeri Johor Darul Ta’zim hendaklah melaksanakan operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah-langkah kawalan bagi mengelakkan jangkita virus Covid-19.

“Pelanjutan atau penamatan tempoh sepuluh (10) hari berkenaan adalah tertakluk sepenuhnya kepada masihat dan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor,” kenyataan tersebut dipetik.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Rofiki Samsudin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Datuk Mohd Noh Ibrahim, semalam.

Advertisement

Dalam pada itu laungan azan dan pelaksanaan solat fardu lima waktu di masjid, surau dan musolla secara berjemaah hendaklah dilaksanakan oleh tiga (3) orang pegawai masjid iaitu imam, bilal dan noja selepas melepasi saringan pemeriksaan kesihatan di Pejabat Daerah.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top