BM | EN | 中文

Aktiviti lain di masjid belum dibenarkan, hanya solat Jumaat dan lima waktu – MAINJ

IMG-20200126-WA0006.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 JUN: Pelaksanaan semua aktiviti lain selain daripada solat Jumaat dan solat berjemaah fardhu lima waktu masih belum boleh dilaksanakan.

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dalam kenyataannya hari ini menjelaskan arahan tersebut kekal sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan.

“Sepanjang tempoh yang dinyatakan, semua perhimpunan untuk tujuan aktiviti agama seperti kuliah, ceramah dan seumpamanya di seluruh premis masjid dan surau hendaklah ditangguhkan.

Advertisement

“Demikianlah juga arahan ini berkuatkuasa terhadap segala aktiviti kemasyarakatan yang lazimnya dilaksanakan dalam kawasan dan premis masjid dan surau,” katanya.

Terdahulu MAINJ dalam kenyataan hari ini berkata solat Jumaat dan solat fardhu lima waktu di masjid-masjid di Johor dibenarkan mulai 12 Jun, namun terhad kepada 40 jemaah sahaja, tidak termasuk pegawai masjid dan surau.

Kewajiban solat Jumaat gugur keatas mereka yang tidak terpilih untuk hadir solat Jumaat pada hari berkenaan dan wajib digantikan dengan solat Zohor.

Advertisement

Bilangan jemaah solat Jumaat dan fardhu di masjid dan surau Jumaat hanya terhad kepada empat puluh orang jemaah, tidak termasuk pegawai masjid dan surau di seluruh Johor.

Manakala ahli kariah yang lain hendaklah menunaikan solat berjemaah fardhu lima waktu di rumah masing-masing.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top