BM | EN | 中文

Aktiviti KRT dan SRS di Johor ditangguhkan

SRS.jpg

Gambar Ehsan mynewshub

Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 APR: Kerajaan negeri Johor menangguhkan semua aktiviti dan pertemuan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di seluruh Johor.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Vidyananthan Ramanadhan dalam satu kenyataan hari ini.

“Berdasarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa berhubung dengan pencegahan penularan wabak Covid-19, Jabatan telah mengeluarkan arahan penangguhan semua bentuk program, aktiviti yang melibatkan perjumpaan dan pergerakan dikuatkuasakan serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Arahan tersebut melibatkan 814 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan 632 Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang terdapat di seluruh negeri Johor.

Vidyananthan berkata purata peratusan pematuhan terhadap PKP di seluruh negeri Johor pada 6 April 2020 adalah pada kadar 97.09 peratus berbanding 97.01 peratus berbanding semalam.

Tambahnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Johor telah melaksanakan operasi sanitasi awam Covid-19 di kesemua daerah di Johor dengan kerjasama SWCorp, PDRM, RELA, SWM, PBT dan Jabatan Kesihatan negeri Johor.

Advertisement

“Secara keseluruhan operasi ini telah dilaksanakan di 291 lokasi bermula 27 Mac 2020 sehingga 6 April 2020 yang melibatkan pelbagai premis tumpuan awam seperti pasar awam, terminal bas dan teksi serta bangunan kerajaan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top