BM | EN | 中文

‘Aktivis muda’ pro Umno Johor naif, dinasihat dalami lagi ilmu politik

Serudin-Soud.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 9 OKT: Kenyataan individu kononnya mewakili ‘Aktivis Muda Johor’ dilihat terlalu naif berhubung kesediaan Pakatan Harapan (PH) di Johor untuk menerajui semula kerajaan negeri.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Serudin Soud berkata, individu itu dan kumpulannya perlu mendalami lagi ilmu politik sebelum menuding jari kepada orang lain.

“Mereka mungkin lupa sewaktu kerajaan (PH) Johor dirampas, waktu itu juga Covid-19 sedang melanda.

Advertisement

“Mengapa ketika keadaan tidak menyebelahi mereka, macam-macam kenyataan mereka keluarkan? kata Serudin ketika dihubungi.

Beliau mengulas kenyataan dikeluarkan ‘Aktivis Muda Johor’ yang menuduh pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan telah bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar.

Kenyataan itu turut mengaitkan titah Sultan Johor dan isu pembubaran Dewan Undangan Negeri bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri.

Advertisement

“Keputusan dari Tuanku Sultan Johor juga masih belum dikeluarkan. Hanya Tuanku mahu perkara tersebut berlangsung dengan baik.

“Jadi usah mendahului Baginda dalam hal ini dengan mengandaikan pelbagai kesan yang hanya berbentuk tekaan sahaja.

“Inilah demokrasi yang membenarkan pelbagai (perkara) berlaku. Sebelum ini ketika rampasan di Perak, Kedah, Putrajaya dan usaha merampas Sabah sehingga diadakan PRN tidak pula mereka (Aktivis Muda Johor) mengeluarkan kenyataan tentang Covid-19 dan kesan kepada rakyat.

Advertisement

“Jelas kenyataan mereka berat sebelah. Rakyat serta anak muda tidak seharusnya mengambil pendekatan bersetuju dengan kenyataan tersebut,” katanya lagi.

Serudin turut meminta kumpulan itu membaca semula kenyataan Aminolhuda dan jangan hanya membaca tajuk sahaja.

“Jika dilihat apa yang dikatakan oleh Aminolhuda adalah keprihatinan beliau terhadap rakyat Johor yang rata-ratanya tidak mendapat perhatian khusus daripada Menteri Besar (MB) yang ada sekarang ini.

Advertisement

“Soal menjadi MB Johor tertakluk kepada kuasa Sultan Johor. Sekali lagi Aktivis Muda Johor cuba mendahului Tuanku Sultan.

“Aminolhuda hanya cuba untuk membantu serta mahu memperbaiki kelompangan yang berlaku di negeri ini.

“Lebih baik Aktivis Muda Johor fokus untuk membantu belia yang semakin hilang perkerjaan di Johor dari takut kehilangan tempat sekiranya kerajaan negeri berubah,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top