BM | EN | 中文

Akta gangguan seksual perlu disegerakan – Adun Maharani

Nor-Hayati-Bachok.jpg
Advertisement

MUAR, 29 MEI: Kes gangguan membabitkan atlet renang melibatkan pegawai sukan memerlukan langkah serius bagi menanganinya.

Adun Maharani, Nor Hayati Bachok berkata, kerajaan perlu cakna dengan isu tersebut dan perlu segra membentangkan rang undang-undang (RUU) gangguan seksual/

“Satu demi satu kes yang melibatkan gangguan seksual terhadap wanita berlaku di negara ini.

Advertisement

“Jangan hanya cakap ‘akan ambil tindakan’ dan sebagainya kerana ia membuatkan kes gangguan seksual hari ini terus berlaku seolah-olah para pelakunya kebal dari tindakan undang-undang.

“Sebelum ini dalam kes yang membabitkan seorang pelajar wanita di sekolah pun hanya disenyapkan membuatkan mereka yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu terus bebas.

“Memang sudah tiba masanya kerajaan perlu segera membuat penambah baikan untuk membentangkan RUU gangguan seksual yang telah disuarakan sebelum ini,” tegasnya.

Advertisement

Beliau yang merupakan Adun Maharani turut bersimpati ke atas nasib yang menimpa atlet renang, Cindy Ong kerana terpaksa berhadapan dengan isu gangguan serta serangan seksual selama bertahun-tahun.

Tegasnya lagi, kerajaan tidak perlu sombong untuk menerima pandangan daripada pelbagai pihak termasuk pembangkang demi keselamatan wanita di negara ini.

“Kerajaan perlu membuang ego mereka untuk menerima apa sahaja pandangan dan cadangan walaupun dari pihak pembangkang untuk isu akta gangguan seksual berkenaan.

Advertisement

“Perkara ini akan lebih menakutkan golongan wanita untuk membabitkan diri dalam pelbagai aktiviti sihat seperti sukan.

“Apa lagi institusi yang tidak wujud gangguan seksual hari ini? Ia semakin berluasa sehingga menakutkan golongan wanita hari ini,” tegasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top