BM | EN | 中文

Akta 605 AUKU: Usaha pelihara kebebasan akademik diteruskan PN? – Dr Maszlee Malik

maszlee-malik-simpang-renggam-1.jpg
Advertisement

SIMPANG RENGGAM, 2 OGOS: Ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik membangkitkan persoalan sama ada agenda penambahbaikan Akta 605 AUKU bagi memelihara kebebasan akademik yang dimulakan Pakatan Harapan (PH) akan diteruskan kerajaan hari ini.

Dalam perbahasan Titah Diraja, Isnin lalu Dr Maszlee berkata penambahbaikan Akta 605 itu adalah untuk memberi kebebasan kepada ahli akademik di universiti menyatakan pandangan secara terbuka sebagai semak imbang kepada pendirian kerajaan.

“Usaha pihak kementerian sebelum ini telah sampai kepada peringkat pengetahuan Perdana Menteri pada waktu itu agar beliau menggunakan kuasa yang diletakan hak oleh undang-undang untuk membuat pengecualian fasal tertentu.

Advertisement

“(Ia) bagi membolehkan para pensyarah dan akademia kita tidak dikongkong oleh penguasa serta mendokong penuh universiti sebagai medan intelektual terbuka.

“Dalam hal ini penambahbaikan Akta 605 untuk anggota akademik bukan hanya sekadar isu kebebasan akademik semata-mata. Ia jua menyentuh isu integriti, plagiarisme dan gangguan seksual yang banyak selama ini dikesampingkan.

“Kata kuncinya ialah kebebasan cendekiawan berteraskan ilmu dan integriti,” kata Maszlee dalam ucapannya.

Advertisement

Sebelum ini, klausa dalam Akta 605 dipandang menyekat kebebasan pensyarah dan mereka tidak mempunyai kebebasan bersuara, membuat kenyataan, menerbit dan mengedit.

Dalam pada itu Dr Maszlee turut menuntut kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi menyatakan pendirian berhubung pilihanraya kampus dan penubuhan kesatuan pelajar di universiti.

“Kita juga ingin bertanya, apakah pendirian kerajaan terhadap pilihanraya kampus yang telah mula dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar bermula 2018.

Advertisement

“Begitu juga penubuhan semula student union (kesatuan pelajar) di semua universiti dan usaha menempatkan wakil pelajar ke senat universiti,” soal Maszlee lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top