BM | EN | 中文

AKIBAT BERTANYA DI FB, WANITA DIUGUT JADI PELACUR

Chong-kanan-menerangkan-kepada-wartawan-nasib-yang-menimpa-Wong-kiri-Sumber-gambar-The-Star-Online.jpg

Press conference by the MCA Public Services and Complaints Department head Datuk Seri Michael Chong on girl forced to become prostitute by loan shark at Wisma MCA. AZMAN GHANI / The Star

JOHOR BAHRU, 27 OGOS: Tindakan seorang wanita yang cuba mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkhidmatan pinjaman wang menyebabkan dia terjerat dalam perangkap ‘Ah Long’ yang mengugut akan melacurkannya jika tidak mahu membayar pinjama beserta kadar faedah, walaupun dia tidak pernah bersetuju untuk menerima pinjaman tersebut.

Menurut laporan The Star Online, mangsa yang berusia 28 tahun itu mendapat ‘pinjaman RM3,000’ dari ‘Lim’ yang dikreditkan kedalam akaun banknya tanpa persetujuan dan kebenaran.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wong berkata, perkara tersebut berlaku setelah dia cuba mendapatkan maklumat lanjut tentang khidmat pinjaman wang menerusi satu iklan di Facebook pada 29 Julai lalu.

Wong berkata pihak yang mengiklankan khidmat tersebut mendakwa khidmat ditawarkan mematuhi peraturan dan undang-undang, dan turut menyediakan pelan bayaran ansuran bulanan bagi kemudahan peminjam.

Setelah bertanya lebih lanjut, dia kemudian diminta untuk memberikan maklumat peribadi termasuk penyata banknya. Apa yang mengejutkan Wong ialah sejumlah RM3,000 dikreditkan secara tiba-tiba kedalam akaun banknya itu dari seorang lelaki bernama’Sie’.

“Pada awalnya saya menolak tawaran pinjaman tersebut kerana kadar faedahnya terlampau tinggi, dan saya sangka kena tandatangan surat perjanjian dahulu.

“Tapi tiba-tiba RM3,000 dikreditkan kedalam akaun saya dan saya diarahkan membuat pembayaran semula sebanyak RM1,700 seminggu dan mesti membayar balik RM5,100 dalam masa tiga minggu,” kata Wong pada sidang media anjuran Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong di pejabatnya.

Tambah Wong, dia kemudian dihubungi pula seorang lelaki bernama ‘Lim’ yang memberitahu bahawa sejumlah RM2,500 telah dikreditkan kedalam akaunnya.

“Saya tak tahu duit itu untuk apa tetapi dari RM2,500 (yang dikreditkan), saya diarah untuk bayar balik RM4,400 dalam tempoh dua minggu,” kata Wong, sambil menambah kesemua wang tersebut dipulangkan semula olehnya.

Walaupun wang telah dikembalikan, ‘Lim’ tetap tidak berpuas hati dan menuntut mangsa menjelaskan kadar faedah pinjaman atau keluarganya akan diapa-apakan, malah Wong juga diugut untuk dijadikan pelacur.

“Dia (Lim) juga beritahu saya yang jika saya tak jelaskan kadar faedah ini dalam tempoh ditetapkan, penalti berjumlah RM1,000 akan dikenakan bagi setiap jam,” katanya yang turut menambah jumlah ‘hutangnya’ kini kepada Ah Long itu berjumlah RM20,300.

Laporan polis telah dibuat berkenaan kes tersebut.

Sumber: The Star Online

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top