BM | EN | 中文

Akibat berita palsu koronavirus, pengidap diabetis putus bekalan kapas alkohol

IMG-20200211-WA0019.jpg

Alan (kiri) bersama Kai Ming (kanan) dalam sidang media

Advertisement

KULAI, 11 FEB: ADUN Senai, Alan Tee Boon Tsong mengingatkan masyarakat agar tidak panik mendapatkan kapas alkohol sehingga keputusan bekalan susulan berita palsu di laman sosial mengenai wabak Koronavirus.

“Berita palsu yang tersebar dalam bahasa mandarin memberitahu kononnya wabak Koronavirus boleh berjangkit melalui bungkusan pos dari China menyebabkan orang ramai panik mendapatkan kapas alkohol.

“Terputus bekalan kapas alkohol ini menyebabkan kesulitan kepada pengguna terutama pesakit-pesakit diabetis yang memerlukannya untuk menyuntik insulin”, katanya kepada wartawan dalam satu sidang media, di sini, hari ini.

Advertisement

Beliau berharap pengguna media sosial lebih bertanggungjawab menyebarkan maklumat tertentu kerana dikhuatiri boleh mengganggu ketenteraman awam.

Turut hadir, wakil komuniti Farmasi, Hiew Kai Ming.

Dalam pada itu, Kai Ming turut mengingatkan agar masyarakat tidak perlu panik kerana menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), virus Koronavirus tidak boleh hidup di atas objek atau sesuatu tidak bernyawa dalam tempoh masa yang lama.

Advertisement

“Tambahan lagi, penggunaan kapas alkohol bagi mencegah barang dari jangkitan wabak tidak praktikal kerana kapas alkohol ini direka khas untuk membersihkan bahagian suntikan di klinik.

“Bagi langkah pencegahan, sewajarnya mengikut saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang lebih praktikal,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top