BM | EN | 中文

“Akhirnya PAS sendiri kuburkan Muafakat Nasional”

muafakat-nasional-MN.png
Advertisement

LEDANG, 15 APR: Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa rundingan kerusi hanya dibuat dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukti jelas terkuburnya Muafakat Nasional (MN).

Ahli jawatakuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Azhar Ismail berkata, perkara itu sudah dijangka berdasarkan sifat PAS yang hanya mempergunakan sesuatu pihak, dalam masa sama PAS tidak memiliki kekuatan sendiri.

“Masa PRU ke-14 tempoh hari mereka pun mempergunakan parti Ikatan selepas tiada siapa yang mahu bersama mereka. Kini perkara sama dilakukan selepas mereka mendapat kuasa.

Advertisement

“Umno sebelum ini menjadi rakan mereka hanya dipergunakan bagi membina serta mencuri pengaruh orang Melayu yang ada dalam Umno.

“PAS gagal dalam rundingan kerusi di Terengganu, Kelantan dan juga Kedah apabila Umno bertegas untuk mempertahankan kerusi mereka.

“Maka lebih baik PAS berunding dengan Bersatu sebab parti itu mampu menjamin keselamatan kerusi Pas di tiga negeri tersebut,” ujarnya.

Advertisement

Media pada 9 April lalu melaporkan PAS menghentikan sementara rundingan pembahagian kerusi pilihan raya umum (PRU) ke-15 dengan Umno dan ketika ini rundingan hanya dibuat dengan Bersatu.

Rundingan dengan Umno akan diteruskan setelah parti itu mempunyai keputusan atau hala tuju yang jelas tentang kerjasama bersama PAS dan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRU-15 akan datang.

Presiden PAS Abdul Hadi Awanfg berkata, ada pimpinan parti itu melaksanakan tugas pembahagian kerusi dengan Bersatu, manakala dengan Umno ditangguhkan.

Advertisement

Menurut Hadi, jawatankuasa tersebut sudah dibentuk namun Umno mengubah pendirian menyebabkannya tertangguh.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top