BM | EN | 中文

“Akhirnya nak halang Miss Malaysia Plus World pun PAS tak mampu..”

Azam-Razak.png

Pengarah Syariah Amanah Johor, Azam Razak

Advertisement

MERSING, 21 DIS: Parti Pas akhirnya dilihat tidak mampu untuk membatalkan sebarang penganjuran berbentuk ‘maksiat’ mengikut perkiraan parti itu.

Pengarah Hal Ehwal Syariah Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Mohd Azam Abdul Razak berkata, Pas dilihat hanya mempergunakan agama sahaja selama ini dan masih tidak mampu membatalkan penganjuran program seperti Miss Malaysia Plus World.

“Ternyata sebelum ini mereka (Pas) juga pernah mencuba untuk menghalang Anugerah Bintang Popular (ABPBH) tetapi tidak mampu dan program itu terus berjalan.

Advertisement

“Ini menjadi pengajaran kepada pihak PAS bahawa yang selama ini mereka propagandakan tidak semestinya dapat ditunaikan secara ‘petik jari’ sahaja,” katanya.

Mohd Azam walaubagaimanapun tidak bersetuju dengan penganjuran Miss Plus World itu tersebut dan meminta pertimbangan dengan mengambilkira sensitiviti rakyat di negara ini.

“Saya tidak bersetuju dengan penganjuran tersebut yang dilakukan dalam keadaan negara sedang berperang dengan ekonomi, masalah sosial dan penyakit seperti Covid-19 ini.

Advertisement

“Tidak perlu buat sementara ini untuk mengadakan program tersebut. Hormatilah perjuangan ‘frontliners’ yang sedang berkerja keras membendung penyakit Covid-19 ini.

“Kita maklum program telah dijadualkan namun terlalu awal untuk diadakan.

“Hari ini keadaan sosial, ekonomi dan keadaan negara sedang tenat, jadi tidak perlulah penganjur terus mengadakan program tersebut,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top