BM | EN | 中文

AKHIRNYA HUJAN LEBAT TURUN DI SIMPANG RENGGAM

HUJAN.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 SEPT : Setelah sekian lama mengalami cuaca panas hingga catuan bekalan air terpaksa dilakukan di Simpang Rengam, hujan yang turun kebelakangan ini memberi harapan kepada penduduk kawasan itu.

Salah seorang penduduk, Mohd Azwandi Selamat, 37, melafazkan rasa syukur selepas melihat keadaan yang mana hujan lebat mulai turun hari ini.

Menurutnya, kebanyakkan penduduk di sini sememangnya mahu hujan lebat berterusan kerana diharap dapat menyelesaikan kepada permasalahan yang sedang mereka alami.

Advertisement

“Ini adalah rahmat yang kami nantikan dan kami mengharapkan bekalan air segera dapat dipulihkan dengan sepenuhnya agar semua penduduk kembali menikmati keperluan tersebut dengan secukupnya.

“Penduduk di Simpang Renggam telah berusaha dengan pelbagai kaedah baik secara fizikal mahupun rohani seperti membuat solat sunat Istisqa’ memohon hujan.

“Hari ini kenyataan itu menjadi realiti apabila awan mendung dan hujan mulai turun di Simpang Renggam,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, seorang peniaga, Mohd Zaimi Zainudin, 32 berkata, bekalan air amat penting kepada semua pihak termasuk pengusaha perniagaan di sini.

“Terdapat banyak kedai yang terpaksa ditutup kerana permasalahan bekalan air yang terputus sejak sebulan lalu akibat kemarau yang melanda Simpang Renggam.

“Sememangnya bagi peniaga ini bekalan air ini amat diperlukan untuk keperluan perniagaan kami dan hujan yang berterusan juga dapat mengurangkan jerebu yang turut melanda Simpang Renggam,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top