BM | EN | 中文

Akar umbi Bersatu keliru tindakan pimpinan

PPBM-parti-pribumi-bersatu-malaysia.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 7 MEI: Tindakan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membawa keluar parti itu dari Pakatan Harapan (PH) untuk bersama Umno dan mewujudkan gabungan baharu yang digelar Perikatan Nasional mengelirukan akar umbi parti itu.

Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim berkata masih ramai ahli parti Bersatu yang jelas dengan perjuangan bagi mengembalikan martabat rakyat, namun keliru dengan langkah yang diambil pimpinannya.

“Bagi saya Bersatu adalah parti yang bersih dan ahlinya kini menjadi keliru dengan tindakan yang dilakukan oleh presidennya.

Advertisement

“Hari ini terbukti Umno membuli mereka dengan kenyataan seperti memperkecilkan peranan Bersatu di Johor,” kata Khairuddin ketika dihubungi.

Justeru katanya, antara langkah wajar diambil Muhyiddin adalah dengan menyertai Umno, manakala mereka yang mempunyai pendirian berbeza boleh kekal bersama PH.

“Di Johor kita lihat Bersatu kerap kali dibuli oleh Umno, namun (Tan Seri) Muhyiddin sebagai Presiden tidak memperlihatkan untuk membela partinya.

Advertisement

“Ini antara sebab mengapa saya katakan, jalan yang terbaik adalah dengan beliau (Muhyiddin) memilih untuk bersama Umno dan tinggalkan parti Bersatu.

“Muhyiddin sehingga saat ini membiarkan Bersatu Johor terkontang-kanting bersendirian bagi membentuk peranan yang baik di negeri.

“Saya fikir sudah tiba masanya Muhyiddin meninggalkan Bersatu dan masuk Umno agar Bersatu mampu melakarkan prinsip serta pendirian mereka sendiri di Johor,” ujarnya.

Advertisement

Kata Khairuddin, beliau banyak mendengar pandangan ahli akar umbi Bersatu di Johor yang lebih selesa bersama gabungan PH.

Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Johor itu turut terbuka untuk menerima semula kemasukan semula ahli Bersatu ke dalam PH.

“Saya akui ramai di kalangan ahli Bersatu mahu meneruskan perjuangan bersama-sama PH. Ini kerana Bersatu adalah parti yang bersih tanpa pengkhianatan.

Advertisement

“Apa yang berlaku ini adalah suatu kekeliruan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top