BM | EN | 中文

“Akan wujud tiga kumpulan pada sidang Dewan Rakyat”

Dr-Zuhan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 MAC : Dijangkakan wujud tiga kumpulan pada sidang Dewan Rakyat, berdasarkan situasi politik yang berlaku hari ini.

Perkara itu dinyatakan pemikir Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain kepada Johorkini.

“Kumpulan pertama iaitu PN, iaitu sebahagian ahli parlimen Umno. Kumpulan kedua adalah pembangkang dan kumpulan ketiga adalah sebahagian Umno atau pasukan Zahid.

Advertisement

“Inilah jangkaan yang bakal berlaku. Apa yang pasti penentuan adalah kumpulan ketiga (pasukan Zahid) yang mana mereka boleh mencatur sama ada menyokong pembangkang atau PN,” jelasnya.

Ujarnya lagi, kesemua tiga kumpulan tersebut tidak akan mendapat majoriti cukup untuk membentuk kerajaan.

Malah, tidak mustahil berlaku keadaan seperti parlimen tergantung atau ‘hung parliament’ pada sidang Dewan Rakyat yang bakal berlangsung nanti.

Advertisement

“Kerajaan (parlimen) tergantung ini boleh berlaku dan kalau dilihat semua kumpulan tersebut tidak mempunyai bilangan majoriti ahli parlimen yang mencukupi.

“Setakat ini hanya PH dan pembangkang yang lain sahaja mempunyai bilangan yang besar kerana perpecahan kumpulan tersebut berlaku dalam kumpulan kerajaan.

“Jangkaan saya tiga kumpulan, atau mungkin lebih sekiranya ada pihak mengambil langkah membawa haluan masing-masing.

Advertisement

“Itulah yang menakutkan Perdana Menteri untuk mengadakan sidang Dewan Rakyat,” jelasnya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top