BM | EN | 中文

AJP PELADANG KLUANG SOKONG SALAHUDDIN

Dr-Mohd-Zuhan-e1574755820482.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 NOV : Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang (AJP Peladang) Kluang menyatakan sokongan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkenaan dengan kontrak pengurusan baja.

Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata, beliau serta ahli jemaah yang lain telah sebulat suara menyokong tindakan kontrak pengurusan baja diberikan kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

Beliau turut menyokong dengan kontrak itu diberikan secara runding terus kepada agensi di bawah Peladang itu.

Advertisement

“Dalam kajian yang telah dibuat, pengalaman serta kemudahan yang dimiliki oleh Nafas seperti kilang dan kemudahan lain telah membuatkan agensi tersebut mampu dipilih untuk memiliki kontrak berkenaan.

“Selain itu, Nafas juga mempunyai asas data yang lengkap berkenaan dengan keperluan ahli seramai 900,000 peladang di negara ini.

“Ahli itu juga sebelum ini adalah mereka yang bernaung di bawah Nafas dan ia membuktikan agensi yang cakna serta mampu untuk mendapatkan kontrak pengurusan baja,” katanya kepada JohorKini.

Advertisement

Beliau turut memberi sokongan penuh kepada tindakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang membawa serta bertindak pantas memaklumkan isu ini kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhamad untuk diputuskan berkenaan hal ini.

“Kami juga sebulat suara menggelarkan YBM Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai ‘hero’ atau ‘perwira’ peladang seluruh negara dengan tindakan beliau yang dilihat ikhlas membantu nasib peladang di negara ini,” katanya.

Tambahnya lagi, Nafas juga hari ini mempunyai data yang cukup berkenaan dengan bekalan baja yang diperlukan serta data perkerjaan yang diperlukan oleh peladang di negara ini dan ini membawa kepada banyak penjimatan.

Advertisement

“Ini kerana pengurusan yang terurus seperti Nafas ini dapat mengelakkan beberapa kerugian yang bakal ditanggung oleh kerajaan.

“Seluruh Peladang Kluang juga berhasrat agar pihak Nafas dapat mengkaji semula harga baja yang ditawarkan sekarang dan diharap ia dapat diturunkan untuk jualan akan datang.

“Dengan pengurusan Nafas yang membawa slogas bebas rasuah akan lebih diyakini oleh seluruh rakyat Malaysia bahawa Nafas akan dapat menguruskan kos bahan dengan lebih rendah dan menawarkan harga yang lebih rendah kepada peladang,” katanya lagi.

Advertisement

Sebelum ini Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah mempersoalkan mengenai urusan pemberian tender Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani secara terus kepada Nafas di Dewan Rakyat.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top