BM | EN | 中文

AirAsia Food lebar sayap ke Ipoh, Melaka dan Johor Bahru

air-asia-food.jpg
Advertisement

MELAKA, 19 OGOS: Platform penghantaran makanan dengan caj komisen terendah, airasia food kini mempelawa kalangan pengendali makanan dan minuman di Melaka, Ipoh dan Johor Bahru untuk menyertainya tanpa dikenakan yuran penyertaan.

Ketua e-Dagang Airasia Super App Lim Ben-Jie berkata lokasi baharu itu merupakan sebahagian daripada rancangan pengembangan anak syarikat Airasia tersebut selepas dilancarkan di Lembah Klang dan seterusnya di Singapura, Pulau Pinang, Kota Kinabalu serta Seremban.

Dalam kenyataan pada Khamis, beliau berkata platform airasia food itu disokong oleh ekosistem Airasia Super App iaitu Teleport yang menawarkan penyelesaian mudah untuk para peniaga dengan caj komisen terendah industri iaitu 15 peratus.

Advertisement

“Terdapat permintaan tinggi terutama daripada peniaga kecil di Ipoh, Johor Bahru dan Melaka untuk disenaraikan dalam platform airasia food. Kini, kami membawa platform ini ke bandar-bandar tersebut dan mengalu-alukan peniaga untuk mendaftar dengan kami,” katanya.

Lim berkata, pihaknya turut menerima makium balas positif daripada ramai peniaga tempatan yang berkongsi bagaimana airasia food membantu mereka ketika tempoh sukar sekarang, terutama apabila syarikat lain mengenakan caj komisen tinggi dan tersembunyi sehingga 30 hingga 35 peratus.

Menurutnya, selain caj komisen terendah, para peniaga turut mempunyai akses mudah untuk melihat semua urus niaga yang dijalankan, berkomunikasi terus dengan pelanggan serta menyelaras menu sepenuhnya termasuk menetapkan harga.

Advertisement

“Mereka akan turut mendapat bantuan pengurus akaun untuk membawa perniagaan makanan dan minuman mereka ke dalam talian selain menyediakan bantuan sistem untuk analisis dan pemantauan data.

“Peniaga juga boleh memanfaatkan usaha pemasaran secara luas dan kempen berterusan untuk meningkatkan aspek publisiti dan jualan termasuk kempen Hidangan Percuma kami yang dikenali ramai,” katanya.

Mereka yang berminat untuk menyertai pasukan penghantaran airasia boleh mendaftar melalui laman https://www.teleport.asia/en/my/delivery-partner.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top