BM | EN | 中文

Air Terjun Kota Tinggi ditutup bermula 15 Disember sehingga dimaklumkan

air-terjun-kota-tinggi.jpg

Makluman mengenai penutupan Air Terjun Kota Tinggi yang dipasang di pusat rekreasi tersebut

Advertisement

KOTA TINGGI, 24 DIS : Air Terjun Kota Tinggi atau Waterfall Kota Tinggi ditutup buat sementara waktu kepada pengunjung dan orang ramai.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT), Mohd Fauzei Mohd Ali berkata, penutupan itu bermula 15 Disember 2019 sehingga akan dimaklumkan kelak.

Katanya, ia bagi membolehkan kerja-kerja baikpulih dijalankan di sekitar kawasan Air Terjun Kota Tinggi selepas tragedi banjir yang melanda pusat rekreasi berkenaan.

Advertisement

“Pihak kami tidak berani hendak ramal berapa lama kerja baikpulih berkenaan dapat disiapkan namun kita jangkakan mengambil masa dua atau tiga bulan.

“Lebih cepat lebih bagus kerana pelancong sudah mula datang ke Johor untuk Tahun Melawat Johor 2020 bermula 1 Januari ini,”katanya kepada wartawan selepas melakukan lawatan di Air Terjun Kota Tinggi, hari ini.

Mohd Fauzei berkata, MDKT mensasarkan separuh daripada jumlah kehadiran sasaran pelancong ditetapkan kerajaan negeri sempena Tahun Melawat Johor 2020 akan hadir ke daerah ini terutamanya ke Air Terjun Kota Tinggi.

Advertisement

“Sasaran kerajaan negeri adalah 5 juta, jadi kita sasar 1 juta datang di Air Terjun Kota Tinggi ini.

“Untuk makluman pada September lalu seramai 26,000 pengunjung telah datang ke kawasan ini. Bahkan sejak MDKT mengambil alih pusat ini pada Mac lalu seramai 150,000 telah datang ke Air Terjun Kota Tinggi.

“Dari segi penginapan di daerah ini tiada masalah untuk tampung kehadiran pelancong. Dalam kawasan MDKT terdapat 40 unit hotel dan 20 unit resort jadi soal penginapan tiada masalah,”katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top