BM | EN | 中文

Mahu pastikan Air Terjun Gunung Pulai 1 bebas kencing tikus – Koperasi

IMG-20200111-WA0015.jpg
Advertisement

KULAI, 11 JAN: Koperasi Sri Sekawan Kulai Jaya Berhad mahu memastikan Air Terjun Gunung Pulai 1 di sini bebas daripada penyakit kencing tikus buat tahun 2020.

Pengerusinya, Jamalludin Abd Hamid berkata, itu antara matlamat pihaknya dalam usaha menarik kehadiran pelancong ke kawasan sekitar.

Ujarnya, tiada kes membabitkan kencing tikus yang dilaporkan berlaku di air terjun itu sepanjang tahun 2019.

Advertisement

“Pihak koperasi yang banyak menjalankan aktiviti pelancongan di kawasan ini berterima kasih kepada badan sukarela yang membantu memelihara kebersihan kawasan sekitar.

“Sekurang-kurangnya lima badan sukarela membabitkan seramai 50 orang terlibat dalam memastikan kebersihan kawasan sekitar air terjun ini setiap minggu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program Desa Lestari Trail Run ( DLTR) 3.0 yang diadakan di Kampung Sri Gunung Pulai, di sini hari ini.

Advertisement

Tambah Jamalludin, justeru itu pihaknya berharap kebersihan di kawasan sekitar dapat terus dikekalkan bagi memastikan air terjun berkenaan kekal bebas penyakit kencing tikus pada masa depan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top