BM | EN | 中文

Air Selangor bantu golongan kurang bernasib baik menjelang Aidilfitri

Air-Selangor-bantu-komuniti-kurang-bernasib-baik-menjelang-Aidilfitri-2.jpg

Wakil Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengagihkan sumbangan makanan asas kepada salah seorang penerima menerusi program tanggungjawab sosial korporat Sesama Mara pada 7 Mei 2021 (Gambar Ehsan FB Air Selangor)

Advertisement

SHAH ALAM, 8 MEI: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyalur bantuan kepada golongan kurang bernasib baik sempena Aidilfitri selama dua hari bermula kelmarin.

Ketua Komunikasi Korporat berkata menerusi program Sesama Mara pihaknya menyumbang makanan harian, barang keperluan, peralatan riadah dan pakaian raya kepada 250 individu membabitkan warga emas, orang kelainan upaya (OKU), kanak-kanak dan bekas penagih dadah.

“Penerima terdiri daripada penghuni di empat rumah kebajikan iaitu Asrama Baitul Rahmaniah, Pusat Jagaan Titian OKU Nur, Rumah Teduhan Kasih Bukit Beruntung dan Rumah Amal Raudhatul Jannah,” kata Elina Baseri, lapor SelangorKini.

Advertisement

Selain itu, beliau berkata sebanyak 100 kotak makanan asas mengandungi beras, minyak, gula, barangan kering dan tepung diagih kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) sekitar Kuala Langat serta Hulu Selangor melalui Yayasan Food Bank Malaysia.

“Diharap usaha baik ini dapat meringankan beban perbelanjaan rumah komuniti untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri terutama dalam situasi mencabar pandemik Covid-19,” katanya.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top