BM | EN | 中文

Air Selangor agih 104 peranti kepada anak warga kerja B40

Air-Selangor-agih-104-peranti-kepada-anak-warga-kerja-B40.jpg

Gambar Ehsan SelangorKini

Advertisement

SHAH ALAM, 15 JUL: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengagihkan 104 peranti kepada anak-anak warga kerja golongan B40 yang layak.

Agensi itu dilaporkan SelangorKini memberitahu, peranti diberikan antaranya komputer, tablet dan telefon bimbit terpakai.​

“Air Selangor menyedari keperluan meneruskan kecemerlangan pembelajaran secara dalam talian semasa pandemik Covid-19.

Advertisement

“Selain itu, pelan data internet selama 12 bulan turut ditaja bagi memastikan inisiatif ini mencapai objektif,” katanya mengenai program dijalankan baru-baru ini.

Air Selangor berharap sumbangan tersebut dapat menyuntik semangat kepada anak-anak warga kerja terus mencapai kejayaan walaupun dalam situasi mencabar ketika ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top