BM | EN | 中文

AIR PERCUMA : JOHOR PERUNTUK RM22.02 JUTA TAHUN DEPAN

gmbr-fail-jimmy-puah.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 25 NOV : Kerajaan negeri meneruskan pemberian air percuma sebanyak 10 meter padu atau RM8 sebulan kepada rakyat B40 dengan peruntukkan RM22.02 juta pada tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, bantuan berkenaan akan memberi manfaat kepada 229,000 akaun berdaftar.

“Walaubagaimanapun, berdasarkan semakan ke atas senarai golongan B40 yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi negeri ini dengan pendapatan isi rumah RM3,860 ke bawah, seramai 167,402 penerima yang layak menikmati air percuma ini sehingga 31 Oktober lepas.

Advertisement

“Ini bermaksud hanya lebih 75 peratus sahaja akaun berdaftar yang layak menerima bantuan tersebut,” katanya

“Pemberian air percuma merupakan salah satu janji 100 hari selepas terbentuknya kerajaan Pakatan Harapan( PH). Janji ini telah pun ditunaikan dan ianya tidak terhenti setakat tahun 2019 malah diberi perhatian oleh Menteri Besar dalam Belanjawan Johor 2020.

“Seramai 167,402 penerima menikmati pemberian air percuma 10 meter padu bagi seluruh negeri Johor sehingga 31 Oktober 2019,” katanya ketika menjawab soalan Nor Rashidah Ramli (BN-Parit Raja) pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke-14 di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Advertisement

Nor Rashidah meminta dinyatakan secara terperinci bilangan penerima pemberian air percuma 10 meter padu mengikut daerah hingga kini.

Jimmy yang juga Adun Bukit Batu memberitahu, daerah Johor Bahru menerima air percuma 10 meter padu tertinggi iaitu seramai 24,710 diikuti Pasir Gudang membabit seramai 22,404 penerima.

“Manakala, Kulai melibatkan 18,604; Batu Pahat (18,203); Yong Peng (4,823); Muar (8,064); Tangkak (4,790); Kluang (18,589); Kota Tinggi (9,562); Segamat (11,165); Pontian (8,293); Mersing (4,335) dan Iskandar Puteri (13,860),” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top