BM | EN | 中文

AIMAN TINO SANGGUP BAYAR RM8,000 KEPADA INDIVIDU YANG PULANG BARANG CURI

AIMAN-1.jpg
Advertisement

JOHOR BARU, 7 SEPT: Penyanyi Aiman Tino sanggup membayar RM8,000 kepada individu yang memulangkan kembali barangan miliknya yang hilang selepas keretanya dipecah di Kampung Melayu Subang, Selangor, baru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, antara barangannya yang hilang termasuklah komputer riba, kamera GoPro dan beg mengandungi MyKad dan passport.

Malah, penyanyi berumur 21 tahun itu juga tidak marah dan sanggup memaafkan individu terbabit asalkan barangan penting itu dipulangkan semula.

Advertisement

“Saya berjanji tidak akan marah dan akan merahsiakan pertemuan dan saya faham individu itu memerlukan wang dan saya boleh memberinya,” katanya.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, Aiman bersama rakannya singgah di sebuah kedai makan di kawasan itu selepas pulang dari Singapura.

Cermin belakang kereta Perodua Myvi miliknya yang diletak kira-kira 20 meter dari premis itu dipecahkan dan barangan berkenaan dilarikan menyebabkan Aiman kerugian lebih RM8,000.

Advertisement

“Saya mengaku cuai kerana meninggalkan komputer riba, kamera GoPro dan beg itu dalam kereta. Kebiasaannya saya meletakkan barangan dalam but tetapi kali ini terlupa,” katanya.

Aiman berkata, dia terkejut dengan kejadian itu dan semua barangan itu penting buatnya kerana mengandungi rakaman aktivitinya di Singapura.

“Terdapat beberapa video yang perlu disunting untuk dimuat naik di YouTube,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kampung Melayu Subang, jam 12.15 tengah malam, semalam.

Advertisement

 

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top