BM | EN | 中文

AIM anjur lima bengkel pemasaran digital, termasuk di Johor

AMANAH-IKHTIAR-MALAYSIA-AIM.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 22 JUL: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) akan menganjurkan lima lagi Bengkel Keusahawanan Sahabat AIM 2020 di serata negara bagi memberi pendedahan mengenai teknik pemasaran secara digital atau dalam talian, termasuk di Johor.

Selain itu, bengkel AIM itu turut diadakan di Kelantan, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Perak dengan menyasarkan aspek pemasaran produk perniagaan ke pasaran lebih luas.

Pengarah Urusan AIM Mohamed Shamir Abdul Aziz berkata ia boleh menjadi langkah proaktif membantu ribuan Sahabat AIM memulakan semula perniagaan yang terjejas akibat COVID-19.

Advertisement

Katanya, penularan wabak COVID-19 menyaksikan peralihan trend pengguna, sekali gus mendorong ahli perniagaan meneroka strategi baharu pemasaran iaitu e-dagang atau dalam talian berbanding secara konvensional.

“Ia bertumpukan 80 peratus aspek pratikal dan bakinya teori ini dijangka akan memberi manfaat dalam memahami perubahan landskap keusahawanan di Malaysia dan bagaimana usahawan boleh bersedia menghadapi perubahan ini,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bersempena penganjuran bengkel kedua di Bera, Pahang, pada Sabtu lepas.

Advertisement

Program itu dirasmikan Menteri Kanan Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Seramai 200 Sahabat AIM di Bera yang merupakan usahawan kecil pelbagai industri dan terkesan akibat pandemik COVID-19 telah menyertai bengkel tersebut.

Bengkel pertama yang turut disertai 200 Sahabat AIM, telah diadakan di Nabawan, Sabah, pada 27 Jun lepas.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top