BM | EN | 中文

AIDIL ADHA MEDAN HAYATI KISAH PENGORBANAN, SEMAI SIFAT MAHMUDAH – MB JOHOR

Aidiladha-medan-hayati-kisah-pengorbanan-semai-sifat-mahmudah-MB-Johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 OGOS: Aidiladha sinonim dengan kisah pengorbanan, sekaligus memperingatkan umat Islam agar bersedia dengan sebarang ujian.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, pelbagai kisah yang berhubung langsung dengan ibadah korban seharusnya menjadi pedoman kepada umat Islam betapa hidup di muka bumi ini menuntut pengorbanan, yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan.

Advertisement

“Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam.

“Tarikh sepuluh Zulhijjah ini merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

“Selain daripada itu, ibadah korban yang dikerjakan pada Hari Raya Aidiladha pula adalah bagi umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap Allah S.WT,” katanya dalam perutusan hari raya Aidil Adha, hari ini.

Advertisement

Sahruddin turut menyeru agar umat Islam meneladani kisah Nabi Ibrahim yang patuh atas perintah Allah untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail.

Ia merupakan ujian berat untuk baginda, selepas sekian lama berhajat untuk memperoleh anak, hasil perkongsian hidup dengan isterinya, Siti Sarah.

Nabi Ismail yang mengetahui perkara itu perlu dilaksanakan, redha dengan ketentuan dan memohon kepada ayahandanya untuk menyegerakan perintah Allah.

Advertisement

Dalam kisah itu, ketika ingin melaksanakan perintah, baginda meletakkan pisau ke leher Nabi Ismail sambil memejamkan matanya kerana tidak sanggup melihat keadaan itu.

Bagaimanapun, tiba-tiba Ismail digantikan dengan seekor kibash (biri-biri jantan). Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sangat bersyukur atas rahmat Allah SWT itu.

“Marilah kita sama-sama menghayati semangat berkorban Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s dalam menyemai sifat-sifat mahmudah di dalam diri agar kita ikhlas melakukan pengorbanan kerana dengannya akan hadir suatu kenikmatan dan kemanisan dalam proses kita menjadi hamba kepada Allah SWT yang bertaqwa,” kata Sahruddin.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top