BM | EN | 中文

Aidil Adha: Adun Paloh sumbang 1,000 ekor ayam kepada penduduk

Adun-Paloh-sumbang-1000-ekor-ayam-kepada-penduduk.jpg
Advertisement

KLUANG, 19 JUL: Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali berkongsi kemeriahan sambutan hari raya Aidil Adha dengan menyampaikan sumbangan sebanyak 1,000 ekor ayam secara percuma kepada penduduk di kawasan DUN Paloh, Johor di sini.

Beliau berkata, sumbangan itu sebagai persediaan menyambut hari lebaran esok dan diharap dapat meringankan beban ribuan penduduk yang menerimanya.

“Maaf sebab saya tak dapat nak bagi banyak. 1,000 ekor ayam tua yang ada, kami kena agih-agihkan secara menyeluruh di Paloh untuk Aidil Adha.

Advertisement

“Saya serahkan pada kebijaksanaan tok-tok ketua kampung untuk agihkan kepada warga setempat bawah jagaan mereka mengikut keperluan sewajarnya,” katanya.

Dengan tema ‘Paloh Kita’, pasukan pusat khidmat DUN Paloh menjelajah ke beberapa petempatan di sekitar kawasan dan bertemu wakil penduduk bagi menyampaikan sumbangan tersebut.

Antaranya, Felda Kahang Barat, Kampung Orang Asli Pengkalan Tereh, Kampung Melayu Niyor, Kampung Melayu Chamek, Kampung Melayu GSA, Kg Melayu Batu 4, Ladang Bukit Paloh, Taman Melati dan kawasan lain.

Advertisement

“Harap ayah ibu saya gembira dengan pemberian kecil ini. Walaupun saya faham, raya akan disambut secara sederhana sahaja pada masa PKP sekarang ni,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top