BM | EN | 中文

Ahmad Maslan tarik diri dari PAC

ahmad-maslan.jpg
Advertisement

PONTIAN, 14 NOV : Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mengumumkan menarik diri sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Menurut Ahmad, beliau memutuskan menarik diri bukan disebabkan Pengerusi PAC adalah daripada Ahli Parlimen DAP, namun atas komitmennya sebagai Setiausaha Agung UMNO.

“Banyak mesyuarat PAC yang tidak akan dapat saya hadiri nanti dan ini tidak adil.

Advertisement

“Pengganti saya dan Tan Sri Noh Omar (Ahli Parlimen Tanjung Karang) nanti adalah Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman. Speaker sudah dimaklumkan,” katanya dalam hantaran Facebook semalam.

Pada 3 November lalu, 12 Ahli Parlimen dilantik sebagai Ahli PAC yang baharu dan dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh daripada DAP.

Antara yang dilantik adalah Ahli Parlimen mewakili UMNO adalah Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian); Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang) dan Datuk Jalaluddin Alias (Jelebu).

Advertisement

Namun sehari kemudian, Noh mengumumkan menarik diri daripada menganggotai PAC berkuat kuasa serta-merta kerana ingin memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top