BM | EN | 中文

Ahlong tersilap bakar pintu rumah

andrew.jpg

Andrew Chen Kah Eng (tengah) melawat kediaman yang dipercayai terbakar akibat perbuatan ahlong

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 JAN: Insiden kebakaran dua unit rumah di Flat Stulang Laut baru-baru ini dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket pinjaman wang haram atau ahlong.

ADUN Stulang, Andrew Chen Kah Eng memberitahu, pihaknya membuat dakwaan tersebut selepas bertemu dengan pemilik kediaman berkenaan, semalam.

Menurutnya, mangsa dalam insiden tersebut bagaimanapun bukanlah individu yang meminjam wang dengan sindiket ahlong, sebaliknya adalah mangsa keadaan.

Advertisement

“Saya difahamkan oleh penghuni kediaman tersebut kebakaran yang berlaku berpunca akibat perbuatan sindiket ahlong yang mahu meminta bayaran mereka.

“Namun mangsa tidak tahu menahu berkenaan perkara tersebut dan saya percaya ahlong terbabit tersilap rumah kediaman,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Pada 31 Disember lalu, JohorKini melaporkan bahagian depan dua unit rumah Flat Stulang Laut terbakar dalam satu kebakaran yang berlaku pada jam 7.15 pagi.

Advertisement

Tambah Kah Eng, pihaknya yakin pemilik kediaman hanyalah mangsa keadaan berdasarkan pertemuan yang dibuat.

“Saya percaya mangsa tidak mempunyai kaitan dengan sindiket ahlong berkenaan berdasarkan keadaan mangsa yang menderita akibat penyakit sejak 10 tahun lalu.

“Mereka kini tidak mempunyai pilihan sama ada mahu berpindah atau terus berdepan dengan masalah ini,” ujarnya.

Advertisement

Jelasnya, sehubungan itu pihaknya berharap polis akan menjalankan siasatan berkenaan kejadian tersebut bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top