BM | EN | 中文

Ahli perniagaan rugi RM680,276 akibat projek perumahan tak wujud di Ulu Tiram

PDRM-Polis.png
Advertisement

KUANTAN, 12 NOV: Seorang ahli perniagaan mendakwa kerugian RM680,276 selepas melabur dalam projek perumahan tidak wujud yang diperkenalkan rakan baiknya, tiga tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 42 tahun itu berkata suspek yang juga seorang wanita mendakwa projek itu dilaksanakan di Ulu Tiram, Johor.

“Mangsa mendakwa mempercayai suspek kerana sering berkunjung ke rumahnya pada awal perkenalan mereka pada 2017 sebelum mula bercerita mengenai adik perempuannya yang menguruskan projek perumahan pada pertengahan 2018.

Advertisement

“Selepas mendengar penerangan suspek, mangsa bersetuju untuk melabur sebanyak RM780,276 yang dimasukkan ke beberapa akaun diberikan suspek secara berperingkat antara Jun hingga Ogos 2018,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Wazir berkata mangsa mendakwa hanya menerima pulangan sebanyak RM100,000 yang dibayar sekitar 2019, sebelum suspek memaklumkan individu yang menjalankan projek perumahan itu telah meninggal dunia.

Sehubungan itu, mangsa meminta supaya wang modalnya dipulangkan, namun suspek dikatakan tidak mengendahkan permintaan tersebut.

Advertisement

“Pada awal bulan ini, suspek dikatakan telah memarahi mangsa untuk tidak lagi meminta wang atau suspek akan membunuh did dan mangsa akan dipersalahkan atas kematian itu,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polls Karak, Bentong semalam dan siasatan lanjut mengenai kes itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top