BM | EN | 中文

“Ahli PAS Johor mengeluh, lantikan jawatan kerajaan dimonopoli Umno”

umno-Pas.jpg
Advertisement

LEDANG, 30 JUL: Gabungan Perikatan Nasional (PN) di Johor semakin rapuh berikutan terdapat suara di kalangan ahli PAS di peringkat bawahan yang merasakan rasa kurang selesa dengan gabungan itu.

Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Asim Abdullah berkata, beliau telah bertemu beberapa pimpinan Pas di peringkat cawangan yang melahirkan rasa kurang senang apabila mulai tersisih di negeri ini oleh rakan komponen mereka, Umno.

Asim Abdullah

Katanya lantikan pelbagai jawatan di peringkat pentadbiran negeri hanya di kalangan ahli Umno sahaja.

Advertisement

“Kami simpati dengan nasib Pas di peringkat bawahan atau ahli biasa yang memang tidak dirai oleh kepimpinan Umno di peirngkat negeri.

“Jawatan lantikan politik seperti Ahli Majlis dan lain-lain di negeri ini memang hanya diisi oleh ahli Umno dan rakan yang lain,” katanya ketika ditemui.

Kata Asim, ahli Pas melihat perkara itu sebagai berat sebelah apabila Pas di Johor disishkan sedangkan parti itu turut membantu dalam membentuk kerajaan di negeri ini.

Advertisement

Beliau berkata, sememangnya Umno Johor seperti tidak menghiraukan sokongan satu kerusi dari Pas tanpa menyedari ia amat penting bagi kesinambungan kerajaan di negeri ini.

“Ahli Pas perlu menunjukkan sikap terhadap pemimpin mereka sebagai tanda suara mereka perlu untuk didengari bukan dibuli seperti yang dikeluhkan oleh sesetengah pihak dalam parti berkenaan.

“Majoriti terlalu tipis sekiranya satu kerusi dari Pas itu membuat tindakan untuk mengundi menyokong Pakatan Harapan secara senyap pastinya kerajaan di Johor ini akan goyah.

Advertisement

“Bayangkan majoriti untuk menyokong belanjawan akan datang. Bagaimana sekiranya Adun dari Pas menunjukkan sikap untuk tidak mengundi kerajaan PN di Johor.

“Pastinya belanjawan tersebut tidak akan lulus.

“Kita pun maklum itulah sikap Umno selama ini membuli rakan mereka dan hanya menggunakan mereka pada perkara yang penting sahaja iaitu kepentingan diri mereka seperti yang berlaku hari ini,” katanya lagi.

Advertisement

Untuk rekod PN di Johor hanya mempunyai 29 kerusi DUN dengan kelebihan dua kerusi sahaja berbanding PH dengan 27 kerusi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top