BM | EN | 中文

Ahli parlimen tulis surat kepada MB Johor untuk bincang baikpulih lebuh raya Pasir Gudang

lebuh-raya-pasir-gudang-hassan-karim-mb-johor.png
Advertisement

PASIR GUDANG, 27 DIS: Ahli parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim memaklumkan telah menulis surat kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad bagi membincangkan mengenai usaha baikpulih lebih raya Pasir Gudang yang kerap mengalami kerosakan.

Hassan dalam satu kenyataan berkata, beliau selepas meninjau proses baikpulih lebuh raya itu mendapati ia tidak dapat bertahan lama kerana kerja turap dan tampal yang dibuat tidak memenuhi spesifikasi.

“Saya telah menulis surat pada kepada Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohamad untuk mendapatkan satu tarikh temujanji antara saya selaku ahli parlimen Pasir Gudang bagi membincangkan dengan lebih fokus dan terperinci berhubung isu Lebuhraya Pasir Gudang yang menjadi laluan penting di selatan semenanjung Malaysia yang menghubungkan tiga buah bandaraya yang sedang pesat membangun iaitu bandaraya Johor Bahru, bandaraya Iskandar Puteri dan bandaraya Pasir Gudang.

Advertisement

“Saya ingin melihat lebuhraya Pasir Gudang menjadi lebuhraya yang selamat dan mencapai taraf kelas dunia.

“Bukannya seperti sekarang ini di mana lebuhraya tersebut begitu bahaya dan tidak selamat.

“Kejadian kemalangan berlaku hampir setiap hari membawa kepada kecederaan dan kematian para pengguna yang tidak berdosa.

Advertisement

“Keadaan lebuhraya yang berlubang-lubang, tinggi rendah tidak sekata dan amat merbahaya terutama kepada penunggang motorsikal kerana tiada laluan khas untuk mereka,” kata Hassan.

Beliau turut meminta jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Johor Bahru turun padang dan memantau kerja-kerja pengorekan, penampalan dan penurapan yang dilakukan oleh pihak kontraktor yang menggunakan buruh-buruh warga asing.

Kata Hassan, tinjauannya mendapati pekerja asing tidak terlatih dan menggunakan peralatan jenis usang seperti cangkul untuk membaiki lebuh raya Pasir Gudang yang sudah rosak teruk.

Advertisement

“Walaupun saya bukan seorang jurutera namun saya dapat mengesahkan kerja-kerja pengorekan dan penampalan serta penurapan yang cetek lagi nipis itu akan menyebabkan tar yang diturap itu akan terbungkas semula apabila hujan tiba dan dilalui oleh kenderaan berat,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top